A

A

MEE RACUN .. Iftar hari ke-26 Ramadhan 2017


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Hari ini nak share resepi MEE RACUN yang saya sediakan untuk berbuka puasa hari ke-26 Ramadhan.
Biasa lah kalau hari-hari biasa jarang menyediakan juadah juadah istimewa atau resepi-resepi baru. Kecuali kalau ada function tertentu.

Tapi.....
Tiba bulan puasa ja, semua menu nak dicuba,
......di cari,
......digelidah
Yang tak pernah buat, tiba-tiba selera pulak nak makan.
Dah jadi tabiat pulak. hehehe !!!

Macam MEE RACUN ini, tentu ramai yang dah mencuba.
Kalau nak lebih sedap lagi masukkan tulang daging kambing.
Tapi saya gantikan dengan tulang lembu biasa saja.

Yang ini MEE RACUN versi saya
Semua ada... Sotong, Udang, Tulang, Daging  dan sedikit Ikan Bilis
Seperiuk besar kuah disediakan, semua pakat hirup habis.
Yang berbaki cuma mee sahaja, padahal cuma 2 bungkus sahaja dicelur.

Kepekatan kuah mee ini pulak tidak lah keterlaluan kerana ubi keledek yang dimasukkan cuma sedikit sahaja sekadar untuk memastikan ada nya rasa kemanisan ubi disamping kuah tidak cair.
Sama juga dengan kacang dan bahan-bahan yang lain...

Tujuan nya supaya semua bahan dan ramuan yang disatukan didalam periuk sama rata sukatan nya dan itu lah yang menjadi kan ia ter'amat istimewa.
Tiada lebih tiada kurang, semua terasa !!!!!!!!!!

Jomm....


Saperti biasa Kuah yang disediakan ini adalah seperiuk penuh 'standard' rice cooker. Jadi pastikan menggunakan periuk yang bersaiz lebih besar untuk memasak kuah

Untuk 8-10 orang makan

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang putih (cincang halus)
2 biji bawang besar (dibelah 4 & dihiris sederhan tebal)
1 inci halia (dipotong tebal)
2 batang serai (diketuk perdu nya)

Bahan B
1 kilo Sotong Segar
1 kg tulang
300 g daging pejal atau batang pinang

50 g ubi keledek jepun *ubi yang berkulit unggu dan ber'isi kuning. Ubi keledek lain pon boleh !
200 g udang kertas yang bersaiz kecil
80 g kacang tanah
Sejemput ikan bilis
20-25 biji cili kering  *Sesuaikan mengikut kepedasan yang disukai

Bahan C
2 camca besar sos tiram 'Life'
3 camca besar Sos Cili Thai 'Life'
4 camca besar cuka makan
1 camca besar lada hitam biji (ditumbuk halus)
1/2 camca besar lada putih 'Ajishio'
4 biji tomato segar (dibelah 4)
1/2 ketul gula kabung  *Jika menggunakan gula melaka, masukkan 1 keping
Air secukup nya supaya kuah 'seperiuk nasi rice cooker'
1 kiub pati 'Daging'
Garam

Bahan E
Tauhu
Taugeh
Sawi
Limau Nipis
Cili Merah
Bawang Goreng
Daun Bawang

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Tulang dan daging disatukan dan direbus sehingga daging lembut.
2. Ubi keledek direbus sehingga empuk, dikupas kulit dan dikisar halus.

3. Udang kertas tak perlu dibuang kulit dan kepala. Dibasuh bersih dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga garing.
4. Kacang tanah digoreng sehingga masak
5. Ikan bilis digoreng sehingga ranggup.
* Satukan udang, kacang tanah, ikan bilis bersama air dan kisar sehingga halus,

6. Cili kering digoreng dengan sedikit minyak tetapi jangan sampai hitam. Kemudian kisar dengan sedikit air sehingga halus.
* Cili digoreng akhir sekali kerana minyak gorengan akan bertukar kehitaman

7. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga layu. Tidak perlu sampai keperangan.
8. Masukkan cili kering dan masak sehingga hampir garing dan terbit minyak.
9. Masukkan air rebusan bersama tulang dan daging, semua bahan kisaran dan juga semua bahan C . Masak sehingga kuah mendidih dan semua bahan-bahan sebati dan 'mesra'.
10. Masukkan sotong dan biarkan seketika. Apabila agak sotong dah masak, keluarkan ia untuk mengelakkan menjadi terlalu liat.
11. Keluarkan daging dan potong kepada kepingan sederhana tebal.

12. Siap dan boleh dihidangkan dengan taburan bahan E.


* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.