SUP KEPALA IKAN MERAH ... Mudah dan Sedap giler ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Menu yang saya sediakan 4 hari lalu...SUP KEPALA IKAN MERAH
Dalam masa terdekat dah masuk 3 kali kalau tak salah, saya sediakan sup sebegini.
Al-maklum...  lauk favourite saya.
Saya  memang suka akan lauk yang berkuah banyak sebegini
Makan dengan nasi panas berasap, sambil menghirup sup panas dan dengan pedas-pedas cili padi.
Kalau ada yang berjalan di sebelah, sah-sah saya tak akan toleh.
Bertapa khushuk nya menikmati keenakan sup ikan ini !

Tapi kalau nak makan kena lebih berhati-hati maklum saja kepala ikan yang bersaiz sederhana ini bertulang kecil berbanding kepala ikan besar.

Kalau dapat ikan bersaiz besar lagi sedap.
Mudah nak makan kan ...........

Saya beli hari tu sepinggan RM 8 sahaja.
Sepinggan ada 4 ketul, dibelah 2 setiap satu dapalah 8 keping..
OK lah tu.. bukan nya nak makan isi nya sangat, tapi lebih gemar mengirup sup dari menikmati isi ikan.
Kalau isi pon lebih suka bahagian yang terdapat pada tulang.

Saya masak ala-ala DJU Cafe, restoren yang terkenal di area Cheras, kawasan perumahan tempat saya tinggal dahulu.
Memang sungguh sedap !. Tak rugi mencuba resepi ini.

Terubat sudah rasa nya nak makan lauk saperti yang di jual di DJU tu...

Jomm....


Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best!

Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
Kepala ikan merah secukup nya (Jika yang bersaiz sederhana di belah 2 sahaja)
2 batang lobak merah (dipotong kasar)
1 biji bawang Holland (dibelah 4)
8 biji Cili padi hijau 
8 biji Cili Padi merah

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
8 ulas bawang putih (dihiris nipis) * lebihkan bawang putih
1 inci halia (dihiris kasar)
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Bahan C
1 biji bawang besar (dibelah 8)
Air secukup nya sebagai kuah
1 camca kecil rempah sup
1 camca kecil lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca  kecil lada putih (ditumbuk halus)

Bahan D
1 camca kecil perasa ikan bilis
garam secukup nya
Hirisan daun ketumbar
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga layu dan bertukar  keperangan.
2. Masukkan bawang besar dan teruskan mengacau seketika.
3. Masukkan bahan C yang lain dan biarkan sehingga kuah mendidih membuak-buak selama 3 minit.
4. Perasakan dengan 'serbuk perasa ikan bilis' dan garam.
5. Masukkan bahan A, perlahankan api dan msakan sehingga kuah mendidih semula.
6. Sebelum angkat, tabur dengan hirisan daun ketumbaar dan bawang goreng.
7. Siap ......


Copyright © 2017. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.