LIMPA GORENG DAUN KUNYIT ... Simple-simple lagi sedap ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Menu lauk  ini saya sediakan beberapa hari lalu.
Menggunakan limpa daging Korban.
Sebenar nya daging korban ini tak perlu kita masak bagai.
Yang simple simple saja pon sedap. Maklum daging baru kan .......
Daging segar katakan...

Kali ini saya sediakan lauk ala-ala goreng garam kunyit.
Beza nya saya tambahkan lada hitam, buncis dan yang pasti daun kunyit.
Aroma daun ini cukup untuk menambat selera kita.....

Saya memang suka sangat ...

Jom tonton YOUTUBE !

Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE  dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Bahan A (diperap 1/2 jam)
300-350 g Limpa (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
1 camca kecil lada hitam biji (ditumbuk halus)
kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menggoreng
1 batang serai (diketuk)

Bahan C
Kicap lemak manis
8-10 Kacang buncis (dihiris menyerong)
2 biji bawang besar (dihiris kasar)
8 biji cili padi / Cili merah (dihiris menyerong)
1 helai daun kunyit (dihiris sederhana)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan perap 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan  masukkan limpa yang telah diperap, serai dan digaul rata.
3. Tutup tudung kuali, perlahankan api dan masak selama 10-15 minit atau sehingga limpa masak.
4. Masukkan bahan C, digaul sehingga rata.  Masak anggaran 5-7 minit lagi dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

2 comments:

  1. Wah, sedapnya nampak. kat rumah ada daun kunyit, nnt nak buat lah ;)

    ReplyDelete
  2. Goreng ayam dan daging macam ni lagi sedap ,Azura

    ReplyDelete

Powered by Blogger.