CUBIT-CUBIT SAYUR .... . Tak perlukan cili, sos atau apa saja yang sewaktu dengan nya. Yummy !!!!!!!!!!!!. Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Cubit-Cubit sayur untuk minum petang ..
Amat sedap !!!
Yang jadi model youtube ni pon tak sabar nak makan. Apa tah lagi yang tukang masak !

Walaupon bahan nya boleh dikatakan 90 % sayuran tetapi apabila siap dimasak dah tak ada lagi rasa kesayuran nya.
Malahan...
Campuran sayur yang diaduk bersama tepung gandum menjadikan cucur kita teramat lembut sangat-sangat.
Dah tak perlukan cili, sos atau apa saja yang sewaktu dengan nya.
Makan begitu saja..
Yummy !!!!!!!!!!!!


Rasa nya pula sangat-sangat sedap, tambahan pula saya masukkan udang segar bersama udang kering. Yummy !!
Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak yang kurang gemar makan sayuran, saya cadangkan cuba sediakan cucur ini.
Saya yakin sekejap saja habis apabila dihidangkan !!!

Jom tonton YOUTUBE !

Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE  dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
2 cawan tepung gandum (boleh ditambah sedikit lagi jika agak kurang berpalut dengan sayur)
3/4 batang lobak merah (dipotong kiub)
2 1/2 mangkuk kecil hirisan sayur kubis
1 1/2 mangkuk kecil taugeh
2 biji cili merah (dibelah 4, dibuang biji dan dihiris kecil)
1 1/2 mangkuk kecil hirisan daun sup dan daun bawang
2 biji bawang besar (di belah 8 dan dipotong kecil)
1 mangkuk kecil hirisan kacang buncis
1 mangkuk kecil udang hidup (dibuang kulit)
1 camca besar udang kering (ditumbuk)
1 biji telur ayam
1 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit air (agak-agak supaya bancuhan jangan cair)
.... boleh ditambah sayuran lain jika ada, contoh kentang, kacang panjang, tauhu dll

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam bekas dan gaul sampai rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Cubit bancuhan kecil-kecil dan goreng sehingga keemasan.
4. Siap untuk dihidangkan...

* Makan bila dah sejuk pon sedap, apatah lagi makan panas-panas .......


* FHA Selemak Santan

1 comment:

Powered by Blogger.