LEMAK CILI PADI TALANG MASIN versi 'UTARA' ... lebih beraroma lebih sedap. Jom tonton YOUTUBE


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

LEMAK CILI PADI TALANG MASIN versi 'UTARA' ini saya sediakan pada hari ahad lepas.
Sambil memasak tu sambil shoot video.
One man show...

Nak mencuba sedikit kelainan selain mencari dan belajar ilmu baru.
Kalau asyik shoot foto saja, kadang tu boring juga..

Mungkin ramai dah pakar dalam penyediaan video kan..
Saya pula baru nak berjinak-jinak,,,
Masih di peringkat asas, banyak yang perlu dipelajari,
Banyak yang harus di timba dan di gali ....

Sekarang ini memang tengah semangat nak belajar.
Rasa 'geram' juga tengok video-video yang menarik.
Rasa 'jelous' pon ada..
Itu yang menaikkan lagi semangat saya

Kadang tu bila tonton video yang menarik, akan di ulang-ulang hingga dapat sedikit ilmu yang terselit,
Saperti juga ilmu fotography dulu, saya akan belek setiap gambar yang saya minat dan cuba berimaginasi dan peraktik kan sehingga saya capai apa yang ada mahukan.

Ini lah yang menaik kan semangat untuk terus belajar.
Harap semangat ini tidak luntur.

Jangan kecam ya bila tengok video saya...
Bila tengok part bawang / part 'magic',  saya akan ketawa sendiri... rasa macam kartun pulak hehehe....
Tapi tak apa.. Janji kita belajar teknik nya !

Jom tonton youtube 'FHA Selemak Santan'
Jangan ketawa dan jangan kecam ya ...





Bahan A
Tulang Ikan Talang secukup nya (saya guna bahagian kepala)
3/4 biji nenas muda (dikupas kulit, dibelah 2 dan dipotong tebal)
Jika menggunakan nenas yang manis, seelok nya direbus dahulu untuk mengurangkan rasa manis. Yang ini saya menggunakan nenas muda yang sedikit masam, jadi saya tidak merebus nya.

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
2 pelepah daun kari
1/2 camca kecil halba biji
2 batang serai (diketuk)
3 keping asam gelugor
1 mangkuk besar santan cair
1 mangkuk kecil santan pekat
2 helai daun kunyit (disiat kasar)
2 helai daun limau purut (dikoyak)

Bahan C (ditumbuk kasar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

Bahan D (dikisar halus)
30-40 biji cili padi hijau (ikut kepedasan yang disukai)
1 inci kunyit hidup (saya guna 1 camca kecil kunyit serbuk)
sedikit air

* Tidak ditambah garam kerana ikan sudah tersedia masin

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan C, daun kari dan halba biji. Kacau sehingga terbit aroma.
2. Masukkan bahan D dan Serai. Masak sehingga bawang benar-benar layu dan cili masak.
3. Masukkan santan cair dan ratakan dengan bahan tumis.
4. Masukkan ikan kering dan asam gelugor. Masak sehingga santan mula mendidih.
5. Masukkan nenas, seterusnya santan pekat, daun kunyit dan daun limau purut.
6. Perlahan kan api dan biar hingga kuah kembali mendidih secara perlahan.
7. Siap untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.