Nuffnang

DONUT SAMBAL MANIS ... Viral dikalangan ahli keluarga



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Salam Jumaat semua !!!!

DONUT SAMBAL MANIS
Saya sediakan untuk minum petang semalam.

Kali ini saya sediakan pulak.
Yang ini dah masuk kali ke 3 disediakan dalam tempuh kurang seminggu.
Memang viral dikalangan ahli keluarga saya kerana keenakan sambal nya.
Walaupon ramuan nya nampak mudah dan ringkas, tetapi bila dipalut pada donut yang digoreng lembut dan ditabur dengan hirisan daun bawang...

Fuhh !!!
Sebiji -sebiji masuk mulut.
Sedap betull...

Maaf...
Dalam foto ni terlupa pula nak ditabur hirisan daun bawang. Tapi jangan lupa ya !
Tabur dengan hirisan DAUN BAWANG !!!!  tau !!!!!!!!



Sebelum-sebelum ini anak saudara saya yang sediakan.
Semalam saya pulak.

Resepi donut nya saya rujuk Donut Kentang Tahrunnisah .
Sambal Manis pula resepi Nurul Jannah dan Areffin Bleez.

...  Terima Kasih semua 



DONUT KENTANG

Bahan A
1 biji kentang  (direbus sehingga empuk, dibuang kulit dan dilenyek halus)
70 ml air ais
1 1/2 camca besar shortening / margerin / butter (saya gunakan shortening)

Bahan B (Satukan dan dikocak)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam

Bahan C
250 gm tepung gandum (diayak)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera (Mauri-pan)

Cara-Cara Mengadun Doh
1. Satukan semua bahan C didalam bekas yang besar dan dicampur rata.
2. Masukkan kentang yang telah dilenyek dan sebatikan.
3. Masukkan telur, ratakan sekali lagi.
4. Tuangkan air ais sedikit demi sedikit sambil gaul hingga adunan menjadi kental.
5. Akhir sekali masukkan shortening dan uli hingga adunan lembut, menjadi elastik dan tidak melekat di tangan.
6. Tutup doh dengan tuala dan simpan di tempat yang hangat hingga adunan doh naik 2 kali ganda. Anggaran 40 minit.
7. Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan ia untuk mengeluarkan angin.

8. Sediakan dulang yang ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan doh melekat.
9.  Jemput doh anggaran 25 g setiap satu, bulat-bulatkan, kemudian leperkan sedikit dan lubang kan dibahagian tengah. Boleh juga tekap menggunakan acuan donut selepas dileperkan. Susun dalam loyang.
10. Biarkan selama 8-10 minit sebelum menggoreng.
Pastikan jangan dibiar doh terlalu lama 'naik', sukar untuk menggoreng kerana texture tepung akan menjadi lembut.

11. Panaskan minyak yang banyak. Pastikan minyak tidak terlalu panas kerana doh akan cepat bertukar keperangan dan hangus.
12. Masukkan doh kedalam minyak dan sentiasa balik-balikkan ia supaya masak dan naik kembang dengan sekata.
13. Goreng hingga agak kecoklatan sedikit (tetapi jangan sampai hitam) supaya bahagian luar sedikit 'mengeras' untuk memudahkan kita 'menggolek'  dalam sambal nanti .


SAMBAL MANIS


Bahan A (disatukan dan dikisar halus)
6 biji Cili Kering (Ikut kepedasan yag disukai) 
2 biji Cili Kering 'Superhot' * Optional
2 biji Bawang Besar
sedikit belacan
sedikit air

Bahan B
Anggaran 1/5 ketul Gula Kabung
atau 2 camca besar gula merah (dicampur sedikit air dan ditapis untuk mengasingkan pasir jika ada) 
2 camca besar gula putih
Asam Jawa sebesar ibu jari (dicampurkan sedikit air, sebatikan dan disaring. Ulang 3 kali)
Sedikit Garam

Bahan C
Minyak untuk menumis (Dilebihkan sedikit untuk menggaringkan sambal dan memudahkan proses mengaul)
1 tangkai Daun Kari
Hirisan Daun Bawang

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A.
2. Masukkan bahan B. Masak dengan api perlahan sehingga sambal menjadi pekat dan terbit minyak.
3. Agak-agak sambal sudah pekat, masukkan donut yang telah digoreng tadi, tabur daun kari dan terus padamkan api.
4. Terus ratakan sehingga semua nya berpalut cantik.
5. Masukkan kedalam pinggan hidang dan tabur dengan hirisan daun bawang.



No comments:

Powered by Blogger.