Nuffnang

CHINESE GREEN ONION PANCAKES ... Ranggup makan panas-panas. Sedap nya ....


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Semalam saya sediakan CHINESE GREEN ONION PANCAKES sebagai sarapan pagi.
Sedap makan panas-panas sebab ia masih berkeadaan ranggup sangat-sangat.

Ditambah dengan aroma minyak sapi.
Bercakap berkenaan minyak ini, keluarga saya memang suka bakar roti saperti ini menggunakan minyak sapi.
Nak lebih sedap guna jenama 'Ghee blend'.
Boleh layan berkeping...

Roti ini biasa nya dimakan dengan Sambal Manis, Sambal Bilis atau apa saja sambal.
Tapi oleh kerana saya suka makan begitu saja, jadi saya tambahkan lebih bahan tabur saperti, udang, sedikit cili api dan renjesan lada hitam.

Rasa nya saperti roti canai kerana menggunakan bahan yang lebih kurang sama tetapi lebih ranggup kerana ia dicanai nipis dan berinti.

Lagi sedap bila semasa makan tu tergigit taburan daun bawang segar diatas..

Kepada rakan instagram saya...
Terima kasih Intan Zubaidah ... @Zubaidanintan for the resepi
dan Helena Rizanie ..... @through_helenalens


DOH
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 camca teh susu tepung *
2 camca teh susu pekat manis  *
1/2 cawan air panas
1/4 cawan air biasa
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan garam dan air, kacau sebati dan ketepikan.
2.  Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, susu tepung dan susu pekat manis.
3. Tuang air panas kedalam adunan tepung, kacau cepat dengan senduk kayu.
4. Tuang air garam kedalam adunan dan uli dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Balut dengan plastic wrap, perap selama 20 minit.


BAHAN SAPU
Bahan B
1/4 cawan tepung gandum
3 camca besar minyak jagung
sedikit garam (Kurangkan jika tambah Lada Hitam 'Ajishio')

Cara-Cara Menyediakan nya
Dalam mangkuk kecil, gaulkan tepung, garam dan minyak sehingga sebati.


BAHAN TABUR
Bahan C 
1/2 cawan hirisan daun bawang
1/2  cawan hirisan daun sup 
Cili merah/Padi (dicincang kecil) 
Udang Hidup (dibuang kulit dan dicincang kecil) 
Lada Hitam 'Ajishio'

Nota: * Saya tambah


MINYAK MASAK
Bahan D
Minyak masak
* Saya gantikan dengan Minyak sapi Ghee Blend


Cara-Cara Mencanai
1. Bahagikan doh kepada 4 bahagian.
2. Tabur sedikit tepung pada dulang canai. Canai doh dengan roller 'senipis yang boleh'. Jika tebal roti kita kurang sedap dan menjadi kurang ranggup.
3. Letak sedikit bahan sapu dan taburkan bahan C
4. Gulung memanjang,
5. Tekan-tekan dengan jari dan ambil 1 sdt bahan sapu, ratakan.
6. Gulung lagi sehingga berbentuk spiral shell.
7. Saya skip langkah 5.

8. Ulang process pada kesemua 4 bahagian.

9. Canai tipis kesemua bahagian dengan roller.
10.Panaskan kuali leper atau non stick dengan api kecil sederhana
11. Letakkan sedikit minyak sapi dan ratakan pada permukaan kuali.
12. Masukkan pancake dan masak sehingga keperangan dan garing.
13. Letakkan sedikit lagi minyak sapi dipemukaan atas pancake sebelum dibalikkan.

14. Gunakan kedua belah tangan, dan tepuk pancake hingga sedikit renyuk saperti roti canai.
15. Sajikan panas-panas dengan cili kicap atau sambal.


No comments:

Powered by Blogger.