CUMI GORENG KICAP DAUN KUNYIT ... Lauk yang Simple tapi sedap bangat !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Sotong yang bersaiz sedang kalau digoreng kicap sebegini kemudian ditabur dengan hirisan Daun Kunyit  dan sedikit cili padi kampung memang sedap terangkat.
Makan pulak dengan nasi panas berasap
Fuhh !! Memang layan habis
Boleh habis berpinggan ...........


Bahan A (disatukan dan diperap 1/2 jam)
1 kilo sotong (Jika ia bersaiz sederhana atau kecil, elok nya dibiarkan seekor-seekor kerana ia akan kecut mengecil apabila siap dimasak)
1 camca teh kunyit serbuk
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk halus)
1/2 camca teh jintan manis (ditumbuk halus)
1/2 camca teh jintan putih (ditumbuk halus)
sedikit garam

Bahan B
Sedikit minyak
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
1 camca besar Sos Tiram
1 helai daun kunyit yang bersaiz sederhana (dihiris kasar)
2 biji bawang besar (dibelah 8)
10 biji cili padi (dipotong menyerong)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan sotong yang telah diperap  kedalam kuali dan hidupkan api. Pastikan api jangan terlalu besar. Masak sehingga  air sotong susut dan hampir kering.
2. Apabila air sotong telah susut, masukkan minyak secukupnya dan goreng seketika.
3. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram. Kurangkan Kicap masin kerana kita telah masukkan garam sebelum ini semasa proses perapan.
4. 5 minit sebelum angkat masukkan bawang besar,cili padi dan hirisan daun kunyit.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.