SAMBAL UDANG 'DAUN LIMAU' ... Sedap ! Mesti Cuba !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Lauk untuk makan tengahhari ini SAMBAL UDANG 'DAUN LIMAU'
Masak pon tak banyak dalam 7 ekor udang yang bersaiz sederhana besar

Tak boleh makan banyak, sebab dah perasan sebelum ini kalau terlebih kepala jadi migrain
Makan-makan juga.
Kesihatan kena utamakan..
Betul tak !


Kalau nak tengok VIDEO penyediaan sambal ini boleh lah gendeng-gendeng instagram 'fhaselemaksantan'


Jom... kita lihat resepi


Bahan A (diperap 1/2 jam)
7 ekor udang bersaiz besar
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B (ditumbuk secara berasingan)
5 ulas bawang putih
4 biji bawang besar & sedikit belacan

Bahan C (dikisar halus)
1 biji cili hidup merah
12 biji cili kering (saya masukkan sedikit sahaja sebab saya menggunakan cili 'Super Hot')
sedikit air

Bahan D
Minyak untuk menumis
1/3 ketul gula melaka
sedikit garam
2 tangkai daun limau purut/ 4 keping (disiat-siat)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga benar-benar garing.
2. Masukkan bawang besar dan terus menggoreng sehingga bawang bukan sahaja layu tetapi kecut seakan hampir garing.
3. Masukkan bahan C, kacau-kacau seketika dan terus masukkan gula melaka dan sedikit garam.
4. Masak dengan api yang kecil sehingga terbit minyak dan sambal hampir kering. Pastikan sambal dikacau selalu untuk mengelakkan ia hangit atau berkerak.
Masak dengan api kecil menjadikan sambal lebih sedap !!!

5. Dalam kuali yang berasingan goreng udang sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyak nya.
Elakkan terlalu garing kerana isi udang akan menjadi liat.
6. Apabila sambal telah hampir kering, masukan udang dan daun limau purut. Ratakan sebentar dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.