CUCUR UDANG MAMAK PENANG ... Sarapan pagi yang sedap


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini nak share resepi CUCUR UDANG MAMAK PENANG bersama KUAH PASEMBOR.
Saya memang tak sediakan bahan lain, cuma cucur dan kuah sahaja.
Memang nak makan sebegini pon.
Ringkas dan sedap !!

Resepi cucur ni saya kongsi dari FB Mamak Haji disini CUCUR UDANG MAMAK PENANG.
Tetapi saya olah sedikit cara saya.
Dan Kuah pon dari FB Mamak Haji yang saya telah kongsikan dahulu disini PASEMBOR MAMAK HAJI.

Terima Kasih kepada Mamak Haji yang sudi berkongsi dengan kita semua ...

Jomm....


Bahan A
2 cawan tepung gandum
anggaran 1 cawan air
1 camca besar udang kering 'kepal/geragau' (dikisar sehingga halus dengan sedikit air)

Bahan B
1/2 camca teh Yis kering (*Mauripan).
1/2 camca teh gula pasir
sedikit air

Bahan C
1 mangkuk kecil udang kertas kecil (dibuang kulit) menggantikan udang dibawah *
1 mangkuk kecil taugeh
1/2 mangkuk kecil hirisan daun kucai(dipotong 1")
1 biji bawang besar(dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal).
3 biji cili padi merah (dihiris nipis) * Saya tambah
Pewarna Kuning atau serbuk kunyit
Sedikit garam

* Bahan ini tak masukkan kerana udang saya campurkan sekali dalam cucur
Sedikit udang sederhana besar untuk diletak atas cucur
1 camca besar tepung sebagai gam
sedikit air

Cara-Cara Menyediakan nya
1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas (perlu menampung tepung yang akan naik dua kali).
2.Masukan Yis kering dan gula pasir ke dalam sedikit air dan dibiarkan 10 minit. Kacau rata yis supaya ia larut. Kemudian masukan kedalam tepung dan kacau rata.
3.Masukan udang kering yang telah dikisar dan air sedikit-sedikit kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak terlalu cair. Sesuaikan kelikatan adunan tepung.
4.Apabila selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu bangkit.
5.Selepas sejam masukan semua bahan C dan aduk rata. Adunan sedia untuk digoreng.

6.Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mengelakkan cucur menyerap minyak. Tapi jangan pula sampai berasap.
7.Dengan menggunakan tangan kaup sejemput dan masukkan kedalam minyak, ulang sehingga 3/4 penuh kuali. Jangan terlalu penuh kerana akan mengakibatkan suhu minyak menurun dengan cepat.
8.Goreng sehingga kekuningan dan boleh diangkat dan tos atas tisu serap minyak.


Bahan A
300 g ubi keledek berwarna oren 
60 g udang kertas halus
60g kacang tanah. (Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah)
8 biji cili kering
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cawan air
3 sudu besar gula putih
1/2 ketul gula melaka 
1 sudu besar asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air (saya lebihkan sedikit. Kemasaman apabila diblend dengan kemanisan kuah adalah lebih sedap)
5 keping biskut merry
Sedikit garam
Sedikit Pewarna oren merah (jika menggunakan ubi putih)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ubi keledek dibuang kulit, direbus sehingga lembut dan dilenyek ketika ia masih dalam panas-panas lagi. Boleh juga dikisar dengan menggunakan air rebusan ubi.

2. Udang dibiarkan kulit bersama kepala nya. Basuh bersih-bersih, panaskan sedikit minyak dan goreng ia sehingga sehingga garing untuk lebih beraroma.
3. Kacang Tanah digoreng kering atau dengan menggunakan sedikit minyak. Pastikan jangan sampai hitam. Kemudian asingkan sedikit kacang anggaran 1/4 bahagian.
4. Goreng Cili kering dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup tetapi jangan terlalu hitam.
5. Bawang putih dan bawang merah digoreng layu.
6. Satukan udang, 3/4 bhg kacang tanah, cili kering, bawang dan kisar sehingga halus. Baki 1/4 kacang kita masukkan masa terakhir kisaran dan kisar SEKALI saja supaya ia sedikit kasar.

7. Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi bersama keledek ke dalam periok. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
8. Apabila kuah sudah mendidih kecilkan api, masukkan air asam jawa, dan gula.
9. Rendam biskut merry,  lenyekan ia dan masukkan dalam kuah yang sedang reneh.
10. Masukkan beberapa titis pewarna jika warna kuah kurang 'oren' dan perasakan dengan garam.

Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok dan hanguskan masakan bila dipanaskan.

* FHA Selemak Santan

8 comments:

  1. Wah sedapnya cucur udang ni.petang nanti nak cuba buatlah.Salam kenal awak. Jangan lupa singgah blog saya http://cararesepi.blogspot.my. Saya budak baru belajar main blog. Kalau tak kisah, link kan la blog saya di blog awak.TQ

    ReplyDelete
  2. W'Salam. In Sya ALLAH saya singgah nanti... Salam Kenal ya

    ReplyDelete
  3. Tq. Nampak bahan2 dah tau sedap. Inslah mgu ni nak cuba

    ReplyDelete
  4. Abrashid chechik
    Tq utk resepi anda yg nampak sedap

    ReplyDelete

Powered by Blogger.