MASAK ASAM KEDERA GORENG ... Menggamit selera makan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini awal-awal pagi dah ke pasar basah.
Saperti biasa nak membeli ikan lah.

Almaklum semua tahu sekarang ni tengah musim harga ikan mencunak mahal !
Dah tu pulak tak banyak pilihan.
Ikan yang segar pon kurang.
Kebanyakan nya telah disejuk bekukan. Kurang segar  !

Nampak Ikan Kedera segar lagi.
Masih keras dan juga bersaiz besar.
Lagi pon saya memang suka ikan ini kalau digoreng.
Memang menu kegemaran saya dan keluarga ni !



Jomm ikut kedapur ...



Bahan A (diperap 1/2 jam)
10-12 ekor ikan kedera (disiang dan dibersihkan)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan B
Minyak untuk menggoreng ikan
4-5 biji bawang besar (dibelah 8)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
8 biji cili kering (dipotong pendek)
2 camca besar asam jawa (jadikan 1 mangkuk jus)
1 camca besar Sos Manis ABC atau 4 camca besar Kicap Manis  'Kipas Udang'
3 camca besar Kicap Masin 'Kipas Udang'
1 camca kecil serbuk lada hitam
1/2 camca kecil 'Secukup rasa Maggie'


Cara-Cara Menyediakan nya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing.
2. Angkat dan toskan minyak nya.


3. Panaskan kembali minyak gorengan ikan tadi (kurangkan jika berlebihan) dan tumis bawang putih sehingga layu.
4. Masukkan halia dan goreng sebentar hingga terbit aroma.
5. Masukkan cili kering dan teruskan menggoreng sehingga cili bertukar warna sedikit seakan garing.
6. Masukkan bawang besar.


7. Teruskan mengacau sehingga bawang menjadi layu dan masukkan jus asam jawa. Perlahankan api dan biarkan kah mendidih dan sedikit pekat.
8.Masukkan Sos/Kicap Manis dan Kicap Masin di ikuti dengan serbuk lada hitam dan serbuk perasa.
9. Kacau-kacau seketika dan angkat untuk dicurahkan keatas ikan yang telah siap digoreng tadi.

* Selamat Menjamu Selera 

~ FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.