DAUN KETUMBAR .. Petua Segar dan Tahan Lama

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Masih dalam mood malas nak menaip
Yang rajin cuma shoot foto saja
Ada beberapa resepi dan entry masih tertunggak untuk disiapkan text nya

Kita layan ini saja ya..
Petua supaya Daun Ketumbar tahan lama dan segar
Maklum kalau dah kepasar bila terpandang aja daun ini macam-macam terfikir nak masak
Tapi bila dah sampai rumah, lauk lain yang disediakan.

Kebiasaan nya saya akan masukkan daun ketumbar yang dibeli dalam bekas plastik, tutup rapat-rapat dan simpan dalam peti sejuk.
Tapi masih tak tahan
Ada yang kecut, layu dan busuk
Sayang sangat !!!!

Alhamdulillah foto diatas kelihatan daun ketumbar kekal segar walau pon hari ini dah masuk hari ke 3.

Petua ini saya perolehi melalui instagram Kasihilmar yang mana beliau kongsikan petua dari Nadhrah Ismail.



Cara nya...
1. Basuh pokok ketumbar bersih bersih.. buangkan tanah yang melekat pada akar dan daun.
2. Masukkan dalam bekas plastik dan isikan air supaya semuanya terendam.
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk dibahagian bawah.
4. Pastikan SETIAP hari air rendaman ini diganti baru ya....
5. In Sya ALLAH tahan lama

* Selamat Mencuba ....

* FHA Selemak Santan

1 comment:

Powered by Blogger.