CUCUR BADAK YANG AWESOME ... Cukup lengkap semua rasa !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera semua ...

Memang lama tak makan cucur badak
Apatah lagi nak masak
Tapi dua hari lepas memang teringin sangat nak makan yang homemade
Memang kurang gemar yang dijual kerana jarang yang kena dengan selera..

Dalam penyediaan cucur badak, yang penting adalah inti nya kan !
Sedap inti.. sedap lah cucur badak tersebut.

Kadang tu yang dijual ada menggunakan hampas kelapa yang sekali perah kerana nak mengaut lebih keuntungan.
Atau menggunakan kelapa yang terlalu tua yakni isi nya sedikit kering.
Tapi tak semua penjual sebegitu tetapi bila sorang dua buat semua terkesan..

Nak sedap..pastikan kelapa parut itu adalah kelapa yang sedang-sedang, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda untuk mendapatkan isi yang sedikit lembap-lembap dan sedap
Jangan fikir semua kelapa mempunyai isi yang sama... lain tu

Juga jangan kedekut serai dan gula dalam penyediaan inti
Lebih aroma serai dan manis lebih sedap !
Tapi jangan lah terlalu banyak pula kan...

Masukkan sedikit jntan manis
Mak aiii..
Tak tau nak cakap apa
Kena buat baru tau.......

Kali ini inti nya memang marvelous !!!!
Kulit nya pula lembut ....







Bahan A
~1 Kilo ubi keledek merah (berat selepas direbus dan dibuang kulit). 
300 gram tepung gandum 
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk goreng tenggelam
20 ekor udang hidup (dibuang kepala sahaja)
1 camca besar tepung gandum
sedikit air

Bahan C (ditumbuk halus)
2 batang serai yang bersaiz besar. Boleh diambil hingga 4 inci dari  pangkal bawah (dihiris nipis)
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh jintan manis
sepeket kecil udang kering (anggaran 10-12 gram)
7 biji cili padi merah (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu pedas)
1 biji bawang besar

Bahan D
20-25 ekor udang hidup 'kecil' (dibuang kulit. Jika saiz besar boleh dipotong 2 atau 3)
150 gram kelapa parut (putih sahaja)
70 gram gula putih
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan inti
1. Tumbuk bahan C. Mulakan dengan yang agak keras dahulu kemudian disusuli dengan bahan-bahan lain hingga akhiran dengan bahan yang lembut. Saperti senarai bahan C, mulakan dengan serai, apabila dah lumat masukkan kunyit, kemudian jintan manis dan seterusnya.
2. Satukan kesemua bahan C dan D dalam kuali, digaul sehingga rata kemudian tutup tudung kuali  baru dinyalakan api yang perlahan.
3. Masak agak-agak 10-12 minit sahaja. Tak perlu lama pon kerana kita tak mahu inti kita kering.
* Jangan dimasukkan air

Cara-Cara Menyediakan kulit
1. Rebus ubi sehingga lembut, ditoskan air nya dan dikupas kulit.
2. Lenyek ubi sehingga hancur dan kemudian masukkan tepung gandum dan garam. 
3. Gaul sehingga rata. Jika rasa terlalu lembik boleh lah ditambahkan sedikit lagi tepung tetapi jangan terlalu banyak kerana kita tidak mahu kulit kita keras dengan tepung. Agak-agak sahaja.

Cara-Cara Menyediakan Cucur
1. Satukan tepung gandum dan sedikit air (bahan B) dan digaul sebati tujuan untuk melekatkan udang nanti.
2. Basahkan tangan dahulu, kemudian ambil sedikit adunan ubi anggaran 45 gram. Bulat-bulatkan ia kemudian leperkan atau lubangkan untuk memasukkan inti anggaran 1 camca teh 'penuh'.
3. Tutup inti dengan kemas supaya tidak bocor semasa menggoreng.
4. Ambil seekor udang dan celup/calit dalam bancuhan tepung, letak diatas cucur. dan tekan sedikit supaya melekat pada kulit.
5. Buat sehingga habis.
Basahkan tangan jika dapati ubi melekat ditangan semasa menyediakan cucur.

6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur. Pastikan masak sebelum dibalikkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.