AYAM PAPRIK ...ala-ala Gerai Jalan Binjai 'dulu-dulu'


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua

Hari ini saya nak share resepi AYAM PAPRIK ala-ala Gerai Jalan Binjai.
Apa mimpi semalam, pagi ni teringat akan lauk paprik Campur yang sangat sedap yang saya beli 'lama dahulu' dari salah satu gerai di Jalan Binjai untuk makan tengahhari saya,  kebetulan saya kepejabat pada hujung minggu pada hari itu untuk habiskan tugasan kerja.

Lauk nya umphh !! sedap sangat. Ada diletakkan lada hitam.
Sedap !!!!

JALAN BINJAI...
Suatu ketika dulu jalan ini tak lah 'Se-Gah' Jalan Binjai sekarang yang dipenuhi dengan bangunan Pejabat, Hotel dan Kondominium.
Era 90'an dulu kiri kanan jalan penuh dengan deretan gerai-gerai makan yang di teduhi dengan rimpunan pokok-pokok yang amat redup sekali.
Jalan pon tak lah sebesar jalan sekarang.

Sekarang ni kalau ke sana yang ada hanya restoren mamak...Tak ada lagi gerai-gerai makan yang bercambah bagai cendawan selepas hujan tu

Jadi kalau teringin nak makan, kena masak sendiri lah jawap nya



Jom...

Hari ini saya sediakan Paprik ayam dan oleh kerana saya gunakan ayam yang bertulang, jadi saya goreng terlebih dahulu untuk memastikan ia masak dengan sempurna.
Tapi kalau gunakan isi ayam saja, kita tak perlu goreng terlebih awal.

Bahan A (diperap 10 minit)
1/2 ekor ayam (dipotong kepada bahagian kecil)
sedikit kunyit
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak
5 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
2 biji bawang besar (dipotong 8)
1/2 biji karot (dipotong memanjang)
4 putik jagung (dibelah 2)
4 urat Kacang panjang (* saya tak masukkan sebab tiada)
4 helai daun limau purut (dicarik)
2 batang serai (diketuk)
15 bji cili padi (diketuk / dimasukkan sebiji-sebiji jika cili kampung)
1 camca besar Sos Cili
1 camca besar Sos Tomato
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Ikan
1/2 cawan air sebagai kuah
sedikit perasa tambahan jika suka (* saya tak masukkan)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak,angkat dan toskan.
Tutup tudung kuali untuk memastikan ayam masak dengan sempurna.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan halia dan goreng seketika.
3. Masukkan Sos Cili, Sos Tiram, Sos Ikan, Lada Hitam, sedikit air, serai dan daun limau purut. Biarkan kuah sedikit mendidih.
4. Masukkan karet  dan biar ia 1/2 masak terus masukan sayuran lain bersama cili padi, bawang dan ayam.
5. Gaul-gaul rata dan bolehlah diangkat.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.