KERABU DAGING GORENG dengan taugeh yang ranggup ...



Assalamualaikum dan Salam Jumaat ...

saya memang suka meratah kerabu
nak-nak kerabu tu kurang pedas lagi sedap !
kena pula dengan taugeh yang segar bugar...ermmm
krup krap krup krap !!! rapuh

bercakap pasal taugeh ni
memang susah nak dapatkan taugeh yang boleh bertahan lama
ini kerana taugeh yang dijual tu selalu nya telah direndam didalam air untuk mengasingkan kepala yang hitam
tapi...
kalau kat BM ni  a.k.a Bukit Mertajam, taugeh yang segar bugar boleh kita beli di belakang pasar, berdekatan dengan tempat jualan daging dan ayam tu
taugeh ni diusahakan oleh orang melayu kita sendiri,
selain taugeh ada mee, kueteau, fishball, fishcake dan macam-macam keluaran orang kita.

taugeh ni In Sya ALLAH boleh tahan lama.. 2 minggu pon boleh.
janji kita simpan dalam peti sejuk dan jangan kena air atau dibasuh.
Taugeh yang baru dibeli
Baki Taugeh yang tinggal - hampir 2 minggu disimpan
tak banyak perubahan kan ...
sebab ia tidak bercampur air


yang saya masak hari ni dah adalah yang saya beli pada hari Jumaat lepas,
masih segar bugar macam baru je beli ..

Jom kita terjah resepi

Bahan A
sedikit minyak untuk menggoreng (sedikit sahaja)
200 gram daging (dipotong kecil)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit garam

Bahan B
2  mangkuk taugeh segar
1 kuntum bunga kantan (dihiris nipis)
2 biji limau kasturi (diambil jus nya)
2 biji tomato segar (dihiris sederhana tebal atau dibelah 8)
sedikit halia(dihiris nipis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging digaulkan dengan garam dan lada hitam
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging sehingga 'betul-betul garing'
3. Keluarkan dari kuali dan gaulkan dengan bahan B sehingga rata.
4. Siap.

Simple kan  ! tapi sedap.
Sekejap saja habis !

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.