Sila Click sini ya... Terima Kasih !

ACAR BUAH TRADITIONAL




Teringin sangat nak makan ACAR BUAH... yang dibeli dikedai selalu tak memenuhi selera saya. Kadang-kadang tak ada rasa (rasa saya lah, rasa orang lain tak tahu lah pulak), kadang-kadang tu rasa tomato. Ada pula tu buah sikit sangat.. emm memang lah.. saya pon paham, buah bukan nya murah. ''

OK lah kita buat sediri aja. sekali buat dapat 1 periuk hehehe...

Resepi ACAR BUAH ni adalah resepi turun temurun yg dipelajari dari EMAK dan di permodenkan oleh saya dengan penambahan buah-buahan Jeruk Moden. Tak sama saperti Acar-acar biasa yang terdapat dipasaran yang lebih kepada rasa Manis.
Acar ini amat harum dengan Rempah-rempah disamping Manis-Manis Buah, Masam-Macam Cuka dan Pedas-Pedas Cili Padi.

Sekali menumis, emmm kakak saya sebelah rumah bersuara, 'hang masak apa tu ?  bau sedap sangat.
Jawap saya 'heh heh heh ....Alhamdulillah'.
Dalam hati ... 'Nanti semangkuk akan sampai depan pintu no..'

Jom kita semak RESEPI ...

BAHAN A (Bahan tumis)
1.5 cawan Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih + 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

BAHAN B (Rempah tumis, Campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar 'halba sahaja'/ bukan halba campor ya.. (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Putih biji (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Manis biji (goreng kering dan ditumbuk)
1 sudu besar Rempah biji (goreng kering dan ditumbuk)

BAHAN C
3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih atau 3/4 kilo gula merah
Garam

BAHAN D (Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah buahan Jeruk campur
3 biji Limau Jeruk (belah 12. Boleh di beli di Kedai Mamak: Limau Acar)
Prune tanpa tiada (* Tak dimasukkan sebab tak dapat cari. Kalau kat KL boleh dibeli di Pasar Chow Kit)
1 kotak Buah Kurma
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
15 ulas Bawang Putih (setiap ulas yg belah 2)
15 ulas Bawang Merah (setiap ulas yg belah 2)
1 cawan Kismis
1 paket buah pala (yang bersalut gula atau potongan dari 2 biji)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan)
Buah belimbing kering  (* Tak dimasukkan sebab tak ada stok)
* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan satu satu (SEKEJAP sahaja <> 0.5 minit) semua diatas kecuali 'Limau Jeruk dan buah pala'

BAHAN E (Untuk tabur)
3 sudu besar bijan (goreng kering)
2 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertahan ~ 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dgn air.

* Selamat menjamu selera .....

54 comments:

  1. salam..
    bleh sye tau rempah biji tu ape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'Salam. Rempah biji tu adalah 'Biji ketumbar'

      Delete
    2. Salam Puan Fauziah, tertatik dengan aacar buah dan ingin mencuba nya . Ingin Tanya halba dan biji sawi tu yang yang macam mana rupa nya. Kalau Puan fauziah boleh tunjukkan gambar nya. Terima kasih...

      Delete
  2. jeruk tu, jeruk yang makan tu ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeruk yg kita makan tu la... ceri, betik, mempelam, dll

      Delete
  3. Salam,
    Saya suka resipi ni.Belom cuba tapi nampak sedap dan menarik.Senang nak ikut.
    Terima kasih.

    Mak Teh

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Cuba lah... alhamdulillah sedap. Resepi datuk nenek yang diperturunkan kepada emak seterus nya kepada saya, dan alhamdulillah kepada semua sahabat di alam maya. moga ilmu yang ada dapat di perkongsikan bersama.

      Delete
  4. Salam dari Kuwait,saya cuba resepi ini,wow begitu memuaskan dan acar nya memang sedap.Di sini memang tak ada jeruk seperti disana tetapi saya masukkan jeruk2 kering atau buah-buahan kering seperti,pear,fig,apple,tomatoes sunrise,manga,limau jeruk dan sebagainya,Ini adalah kali pertama dalam hidup saya membuat acar,tetapi apa yang saya berterima kasih resepi ini atau bahan2 giling atau kisar yang membuatkan acar ini betul2 sedap.Kalau lah saya dekat,mungkin sudah saya post kan kepada Puan dan puan boleh rasa....terima kasih saya untuk puan yang iklas memberi resepi ini untuk semua dan begitu memuaskan,Bahan2 giling cukup memberi rasa yang memuaskan...Yang lucunya suami orang asing pun mula suka makan acar tempatan kita,dan saya di minta membuatnya untuk buah tangan ke canada....Irene Haake

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam . terima kasih kerana mencuba.
      Memang acar ini amat harum .. tidak saperti acar-acar biasa yg lain lebih kepada rasa manis dan sos tomato saja. ibu saudara kerap kali membuat acar ini untuk dihantar ke mekah semasa musim haji.

      untuk membuat cara, tak semesti nya kita menggunakan buah-buahan yang tercatit dalam resepi, apa-apa jenis buah pon boleh dimasukkan bergantung kepada creativiti kita.. Satu pujian kepada irezasit irene..

      Juga Satu perkembangan yg bagus.. untuk orang asing dah menyukai masakan tradisional kita...

      Delete
  5. salam tuan rumah nak tnya lepas celur buah 5minit tu so kena tapis biar kering dlu ka air dia dan baru leh masuk dalam bahan tumisan? mcm tu ka,? sbb kata xboleh termasuk air kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, masukkan buah yang dicelur kedalam penapis. Jangan risau kerana air dari DALAM buah-buahan itu akan keluar setelah bercampur dengan cuka dan gula yang menjadikan acar kita berkuah nanti

      Delete
  6. Sukatan untuk cuka tu mcmna ya...3/4botol....size botol cuka yg besar mana.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiz saperti saiz botol kicap yang biasa tu. kalau nak kurangkan cuka kpd 1/2 botol pon boleh juga bergantung kepada berapa banyak campuran buah yang digunakan. sukatan resepi diatas boleh dapat 1 periuk penuh.. Rice Cooker yang bersaiz biasa tu

      Delete
  7. Terima kasih kongsi resepi ..
    Acar kegemaran ayahanda .... In sya Allah nnti boleh cuba

    ReplyDelete
  8. assalam kak,, jika hidangan untuk 200 orang, berape yg perlu kita gandakan dari kuantiti resepi akak ini,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Acar selalu nya adalah menu sampingan sebagai pembuka selera. Jadi selalu nya ia dimakan dalam kuantiti yang sedikit berbanding lauk lain.
      Untuk resepi diatas, kita boleh dapat 1 periuk (standard rice cooker) untuk 40-50 orang. Jadi kalau 200 orang boleh lah digandakan 4 atau 5 kali

      Delete
  9. Untung kalau jual..asal sedap pasti org beli lagi..ada kelas amali x nk belajar

    ReplyDelete
  10. Untung kalau jual..asal sedap pasti org beli lagi..ada kelas amali x nk belajar

    ReplyDelete
  11. Terima kasih tuan rumah. Saya dah cuba resepi ni tp risau takut x tahan setahun. Rupa2 nya sekali hadap licin sepinggan x sangka betui. 1 hari dah abis. Dpt pujian lagi.

    ReplyDelete
  12. Salam,saya dah cuba resipi ni mmg sedap. Saya juga ada test market guna resipi ni untuk side income. Alhamdulillah, it went well. Terima kasih banyak banyak. mudah mudahan Allah S.W.T murahkan lagi rezeki awak. InsyaAllah , amiiin.

    ReplyDelete
  13. Salam,saya dah cuba resipi ni mmg sedap. Saya juga ada test market guna resipi ni untuk side income. Alhamdulillah, it went well. Terima kasih banyak banyak. mudah mudahan Allah S.W.T murahkan lagi rezeki awak. InsyaAllah , amiiin.

    ReplyDelete
  14. Tak sabar nak try rsepi akak....nak nak pulak dah nak masuk puasa ni...mmg naik syehhh..ah...melantak nasi.dngan acar...sedap2...tmakasih kak..

    ReplyDelete
  15. Semoga di pelihara oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, rasa nk cuba lh, nmpk sngt menarik. mintak kongsi ilmu ni ya....trima ksh

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak.. terima kasih sharing. Nk tanya ye.. ape beza acar buah dengan acar limau? Lagi satu, nk letak lemon ganti limau jeruk boleh tk? Saya kosong bab memasak ni. Baru nk belajar. Tu yang musykil memanjang. Btw, thanks sharing sis. Memang nk cuba buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Shuhada, bahan-bahan asas rempah untuk acar buah dan acar limau adalah sama.
      Cuma dalam acar buah, penggunaan buah adalah lebih banyak, berbanding limau ia-itu ala kadar sahaja.

      Manakala acar limau yang asli adalah lebih kepada limau jeruk, bawang putih, bawang merah, belimbing kering, cili padi, dan buahan kering kampung, (tiada penggunaan buah-buahan yang banyak).

      Delete
    2. Penggunaan lemon yang dijerukkan boleh. Tapi bukan nya buah yang fresh

      Delete
  18. Salam. Akk. Tumpang tanya cili padi tu tumbuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Cili padi Jangan ditumbuk ya
      Cuma perlu dicelur sebiji-sebiji dalam air mendidih selama ~ 1 minit sahaja dan kemudian ditapis/ditoskan air nya.
      Masukkan bersama buah-buahan jeruk yang lain.

      Delete
  19. Assalamualaikum kak..saya dah cuba malam tadi..pukul 11 mlm sampai 12.45 pagi...lembab sket sebab kejap2 tgk resepi..hihihi..tapi saya nak share yang rasenya MasyaALLAH..super duper sedap...Banyak pahala akak share resepi ni..insyaALLAH..terima kasih kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Seronok dengar sahabat-sahabat mencuba dengan jaya nya. Kita kongsi-kongsi ilmu ya...

      Delete
  20. Assalam. Akk teringin nk cuba resepi adik ni. Memang tak pernah cuba buat acar buah. Cuma akk nk tau kat mana nk beli jeruk buah tu semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'Salam...
      Boleh gunakan apa-apa saja buah jeruk yang ada. Jeruk pak Ali pon boleh.
      Kalau ke pasar malam/tani kebiasaan nya ada peniaga yang menjual buahan jeruk.
      Kalau tinggal sekitar KL, boleh beli di Chow Kit.

      Kalau nak beli, beli sedikit sahaja untuk setiap jenis jeruk. Hasil campuran buah-buah tersebut bersama bawang, cili dan limau akan menjadi seperiuk juga nanti.

      Delete
  21. Assalam. Akk teringin nk cuba resepi adik ni. Memang tak pernah cuba buat acar buah. Cuma akk nk tau kat mana nk beli jeruk buah tu semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'Salam. Boleh beli jeruk Pak Ali. Dipasar Tani pon ada jual buah-buahan jeruk. Kalau tinggal di Selangor atau Kuala Lumpur, boleh dapatkan di Pasar Chow Kit. Memang banyak pilihan

      Delete
  22. Assalam...dah 2 kali buat acar guna resepi ni, alhamdulillah, memang sedap. Terima kasih kerana sudi kongsi resepi ni. Jazakillah....

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Puan. Saya sudah mencuba resepi yang puan bg dan saya ubahsuai sedikit. Limau acar tu saya ganti dengan limau purut yang telah dijeruk hingga hilang pahit dan pedarnya, saya tambah hirisan halia yang dicelur dan juga -+10 ulas bawang merah + 3 ulas bawang besar yang dimesin halus. Masak sampai kering air baru masukkan bahan celur. Kuahnya lebih pekat dan banyak.
    Alhamdulillah keluarga dan rakan2 suka.
    Terima kasih banyak2 di atas perkongsian resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam/ Alhamdulillah kerana sudi mencuba. Dalam resepi asal pon memang ada halia, bawang merah dan bawang putih untuk tumisan. Walaubagaaimana pon tak menjadi masaalah jika ingin menambah bahan-bahan lain... tentu lgi sedap kan.

      Limau pon boleh gunakan apa jenis limau tak menjadi masalah tetapi haruslah yang telah dijeruk.
      Penambahan air dalam acar memang boleh, tetapi jka mahukan acar tersebut tahan lebih lama, elakkan menmbah air kerana saperti yang saya jelaskan diatas, air buah-buahaan memmang akan keluar sendiri dan akan menjadi pekat jika disimpan lebih dari 2-3 hari. Pada hari pertama memang kuah seakan cair tetapi akan sendiri nya pekat.

      * Tahan lama yang saya maksudkan adalah tahan disimpan > 2-3 bulan dan boleh sampai hampir setahun untuk bekalan ke Tanah Suci (orang dulu)


      Delete
  24. Assalamualaikum kak, tak sabar nk cuba resepi acar buah yg akak share ni. Just nak tanya selain buah jeruk boleh tak saya gunakan buah segar seperti jambu batu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Noruladila
      Buah-buahan segar kurang sesuai untuk dijadikan jeruk yang dimasak saperti ini yang boleh disimpan lama.
      Jika inginkan sedikit kelainan boleh dicuba tetapi jeruk tersebut tak boleh bertahan lama kerana Ia tidak saperti jeruk buah yang lain yang disimpan dalam campuran gula, cuka dan garam semata-mata.

      Delete
  25. Assalamualaikum faudziyah. Saya share resepi awak di fb MAHN. Sbb td baru try masak alhamdulillah sedap resepi awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. Terima Kasih kerana mencuba ...

      Delete
  26. Assalamualaikum,

    Terima kasih atas perkongsian. Kalau saya nak tambah isi ikan talang kering dadu yang digoreng boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. Tapi acar tidak setahan acar buah yang original dimana ia boleh disimpan berbulan.

      Delete
  27. Nak cubalah..asik tak jadi je buat syok sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah mana pon, Norsadira. Rasa sekali In Sya ALLAH nak buat lagi ....

      Delete

Powered by Blogger.